1001 KISAH TELADAN
Dari
Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang
itu selepas matinya.
·
Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia
tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di
dalamnya.
·
Sesiapa yang mengalirkan air sungai
selagi ada orang yang minum daripadanya.
·
Sesiapa yang menulis mushaf ia akan
mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
·
Orang yang menggali perigi selagi ada
orang yang menggunakannya.
·
Sesiapa yang menanam tanam-tanaman
selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
·
Mereka yang mengajarkan ilmu yang
berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
·
Orang yang meninggalkan anak yang soleh
yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya,
yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan
mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi
pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a.
berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam
itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah
Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik
baginya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar