1001 KISAH TELADAN
Dikisahkan
dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap,
tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ia memiliki 7 buah pintu dan
pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat
70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah
yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari
api.
Dikisahkan
dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari
api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada
setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan
dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap
ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai
70,000 qullah bisa.
Dalam
hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup
neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan
keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah
kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang
kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin
dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka
berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan
bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan
pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000
kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan
berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh
Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap
malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan
setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul
gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung
tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam
neraka Jahannam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar