1001 KISAH TELADAN
Ada
seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik
dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan
itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia
hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya
berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap
Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada
Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya
berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu."
Untuk
membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan uang yang banyak
kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya
mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu
suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke
dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu
memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan
kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat
dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia
menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar
malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu
kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan
mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan
mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.