1001 KISAH TELADAN
Dalam
sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi,
seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa
sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah
berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal
pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian
Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah
aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan
aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang
lebih mulia daripada engkau."
Setelah
itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya
mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku
adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya
dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah
Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah
Engkau."
Lalu
Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah
dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau
dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku
adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga
diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam
kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh
itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita,
sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.