1001 KISAH TELADAN
Abu
Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami
semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang
kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu
akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana
di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk
seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka
orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka
berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga
telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang
hari."
Kemudian
berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal
di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada
kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat
ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya :
"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai
ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah
mempelajari Al-Qur'an."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar